09 March 2020

KES DERA - KERTAS SIASATAN ALIFF SYUKRI DISERAH KEPADA PENDAKWA RAYA ESOK


Kertas siasatan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berhubung kes memukul anak angkat berusia dua tahun, akan diserahkan polis kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) esok untuk tindakan selanjutnya.





Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan semua saksi terbabit kes berkenaan: "Kertas siasatan sudah lengkap dan dijangka diserahkan kepada TPR esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan usahawan kosmetik itu didakwa memukul dan mencubit kanak-kanak perempuan itu pada 28 Februari lalu sebelum pembantu rumahnya warga Indonesia membuat laporan polis keesokannya.

Aliff turut ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis, manakala anak angkatnya diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk dijaga sementara atas nasihat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: