09 March 2020

ISTERI RIZMAN HAMIL 4 BULAN: "DIHADIAHKAN ANUGERAH PALING BERHARGA"


Menerusi satu entri di laman Instagram, pereka fesyen jenama terkenal Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin telah berkongsi berita gembira dimana isterinya, Nurida Suraya kini sedang hamil empat bulan. Rizman, 36, meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling berharga dan amanat daripada Allah yang diberikan kepada mereka.





"Alhamdulillah... dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat daripada yang Esa. Usianya kini sudah masuk bulan ke empat," tulis Rizman menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Rizman yang juga pereka fesyen selebriti tempatan ini turut berkongsi rakaman imbasan bayi dalam kandungan isterinya. Rata-rata pengikut di laman sosialnya turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Rizman turut berterima kasih kepada isterinya dan mendoakan agar dipermudahkan urusan sepanjang proses kehamilan tersebut: "Kepada ratu cantik saya Nurida Suraya, terima kasih untuk anugerah ini. Moga Allah permudahkan segalanya untukmu.

"Ya Allah Ya Tuhanku, semoga anugerah pinjamanMu ini dilahirkan cukup sifat, seindah makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan. Dan dengan kehadirannya, dapat kami didik dia ke jalanMu, yang akan membawa kami ke syurgaMu," katanya.

Rizman dan Nurida disatukan sebagai suami isteri pada 13 September tahun lalu di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Pasangan ini mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas lebih setahun mengenali hati budi masing-masing. Majlis perkahwinan mereka turut dihadiri selebriti terkenal seperti Siti Nurhaliza, Fattah Amin bersama isterinya, Nur Fazura, Nazim Othman dan Alvin Chong.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Rizman Nordin & Nurida Suraya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: