03 March 2020

ISTERI JUARA PROGRAM DA'I DITAHAN POLIS DIPERCAYAI MENIPU


Semalam, isteri juara program Da'i dilaporkan telah ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur selepas dipercayai menipu seorang pelanggan. Sumber berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa Oktober tahun lalu.





Sumber turut mengatakan mangsa pernah berurusan dengan wanita itu sejak tahun 2017 lagi untuk mendapatkan sijil Halal dan juga sijil KKM bagi produk jamu. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai status pensijilan tersebut membuatkan mangsa merasa tertipu.

"Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu. Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek. Meskipun berita ini sudah tular, sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada wanita tersebut mahupun suaminya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: