30 March 2020

ISTERI SHEIKH MUSZAPHAR TERDEDAH COVID-19, KUARANTIN DIRI: "SEDIH DIA TAK BERSAMA ANAK"


"Dr. Halina exposed to Covid. Isteri tercinta Dr. Halina sudah mula melakukan pemeriksaan terhadap pesakit Covid-19 sejak hari pertama lagi. Malam tadi dia membuatkan kami risau kerana dia pulang daripada kerja dengan simpton sakit tekak dan batuk.





Lepas lakukan ujian swab, dia terpaksa kuarantinkan dirinya sendiri di dalam bilik sehingga mendapat keputusan," demikian tulis doktor bedah ortopedik dan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang memaklumkan isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos sedang melalui proses kuarantin diri sendiri.

Perkara tersebut dikongsi oleh Sheikh Muszaphar di laman Instagram miliknya dengan memberitahu isterinya terdedah pada Covid. Tambah Sheikh Muszaphar, perkara yang amat menyedihkan adalah isterinya itu tidak dapat bersama dengan anak-anak.

"Sedih melihat bahawa dia tidak dibenarkan mendekati anak-anak. Tak dapat membayangkan perasaan dia sepanjang 8 jam. Saya teringat ketika dia menghubungi daripada hospital dan tidak tahu ke mana mahu dituju kerana tidak mahu saya dan anak-anak mendapat jangkitan. Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih memikirkan orang lain daripada dirinya sendiri," tulis Sheikh Muszaphar.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya lagi, dia bersyukur apabila keputusan yang diterima adalah negatif, namun bangga dengan isterinya yang terus ingin menyambung kerjanya hari ini: "Itulah Dr. Halina, bukan kerana dia isteri saya, tetapi kerana dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain. Untuk mengorbankan diri demi mereka yang sakit. Apa yang penting adalah menyelamatkan nyawa walaupun risikonya tinggi," tulisnya lagi.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar turut mendoakan semua doktor, jururawat dan mereka yang terbabit dalam bidang perubatan supaya terus kuat dan berani: "Buat isteri tercinta, teruskan usaha murni ini. Insya-Allah, Allah akan mempermudahkan jalan kita dunia dan akhirat.

"You are my true hero. Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbananmu," tulis Sheikh Muszaphar khas buat isterinya yang dikahwini pada 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: