30 March 2020

FAZURA KONGSI FOTO KEADAAN TERKINI TANGAN: "INSYA-ALLAH TAK LAMA LAGI SEMBUH NI..."


Menerusi satu muatnaik di akaun Twitter, pelakon Nur Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin telah berkongsi sekeping foto keadaan terkini tangannya yang cedera akibat terkena minyak panas ketika memasak, baru-baru ini.





"Bagi yang penuh kasih-sayang serta prihatin tanya pasal keadaan tangan Faz, ni gambar terkini. Slowly recovering. Insya-Allah tak lama lagi sembuh ni. Mudah-mudahan.. Amin! Terima kasih sebab selalu tanya khabar dan doakan Faz," tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar isteri kepada pelakon Fattah Amin itu cepat sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Twitter / Instagram Nur Fazura


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: