01 March 2020

JATUH MOTOSIKAL - HUN HAQEEM CEDERA TERUK DI TUMIT, DISYAKI CEDERA LIGAMEN


Pelakon kacukan Melayu-Cina yang popular dengan watak 'Jekfer' menerusi drama 'Kampung People', Hun Haqeem telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kedua-dua tumit apabila terjatuh dari motosikal pada awal pagi, Ahad di sekitar Kuala Lumpur.





Menurut ibu kepada Hun iaitu Suraya, memberitahu anaknya kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Selain tumit kaki, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 22, itu juga disyaki mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada petang atau malam Ahad.

"Hun Haqeem jatuh motosikal sekitar pukul 12 lebih tengah malam tadi. Sekarang dia masih di HUKM. Dia mengalami kecederaan yang teruk di bahagian tumit. Disyaki mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada hari ini. Kemungkinan akan dibedah sekitar petang atau malam," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pihak pengurusan Hun iaitu syarikat Metrowealth ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu aktor tersebut masih menunggu giliran untuk dibedah. Hun turut memuatnaik beberapa foto kecederaan yang dialaminya di Instastory miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Suraya memberitahu kaki anaknya tidak boleh bergerak dalam masa empat hingga enam minggu sekiranya disahkan mengalami masalah ligamen. Suraya juga memohon agar semua peminat mendoakan segala urusan dipermudahkan dan Hun Haqeem diberikan kesembuhan dengan cepat.

"Ketika pembedahan nanti, kalau sah ligamen Haqeem tercedera, kaki dia tidak boleh bergerak dalam tempoh empat hingga enam minggu. Buat masa sekarang, Haqeem masih dirawat dalam bilik wad dan berharap kita sama-sama mendoakan agar segalanya dipermudahkan serta diberikan kesembuhan," ujar Hun yang kini sedang menjalani penggambaran drama 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' untuk slot Akasia di TV3.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram @Hun Haqeem


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: