03 March 2020

"KAWAN MAKAN KAWAN" - AZWAN ALI MAKI SIAPA TU?


"Pelawak-Pelawak Sampah!" demikian maki Azwan Ali kemungkinan terhadap ahli Sepahtu disebabkan mereka tidak hadir ke majlis nikah Mamat?

Ini kerana, bekas ahli kumpulan Sepah tersebut sudah selamat mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu. Namun di sebalik pernikahan itu, timbul pula kontroversi apabila Azwan Ali seolah-olah kurang berpuas hati apabila tidak melihat kelibat Jep dan Shuib di majlis penting itu.





Semuanya bermula dengan satu tweet yang dimuat naik oleh Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA semalam. Azwan dilihat seolah menggelar 'mereka' sebagai 'pelawak sampah', dan turut menyifatkan seperti 'kawan makan kawan'.

"Tahniah Sahabat !!!! Sorry smlm tak dpt dtg di hari bersejarah ko Mat, aku ade rekording Sepahtu Reunion Al Puasa mat. Tp yg pasti doa utk kau pasti ade..Semoga dipermudahkan urusan, Aman Rumah Tangga, Bahagia Dunia akhirat dan menjadi ketua keluarga yg baik InsyaAllah... Tahniah mat!!! Complete dahhh!!! Semua dah kawin mat!!!!!" demikian kongsi Shuib di laman Instagram miliknya menjelaskan mengapa dia tidak hadir.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: