22 March 2020

KERANA COVID-19 - EZAD BERSANDING KALI KEDUA DI TARIKH LAIN


"Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Isteri pada awalnya bersedih, namun, akhirnya, kita tidak mampu melawan semua ini. Pasti ada hikmah lain, Insya-Allah. Mudah-mudahan ada sesuatu yang baik untuk kami kelak," ujar penyanyi Ezad Lazim yang memberitahu dia terpaksa menangguhkan persandingan kali kedua bersama isteri, Zeana Ramli berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.





Mengikut perancangan, Ezad dan isterinya itu mahu bersanding kali kedua, akhir bulan ini. Ezad reda niat meraikan ulang tahun perkahwinan ketujuh dengan menjadi 'raja sehari' sekali lagi, tidak kesampaian.

Sebelum ini, penyanyi lagu Demi Cinta itu mengumumkan bakal bersanding sekali lagi dengan isteri di sebuah premis acara di Petaling Jaya pada 29 Mac depan, iaitu sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka. Majlis persandingan itu serentak dengan perasmian perniagaan berkaitan perancang perkahwinan yang diusahakan Ezad bersama isteri.

Klik untuk gambar besar


Ezad mengaku tidak pasti bila hasrat untuk bersanding sekali lagi tercapai berikutan faktor masa: "Bulan hadapan kita bakal menyambut Ramadan disusuli Aidilfitri. Mungkin tarikh baharu berganjak jauh... Kita tengok keadaan," katanya yang bakal muncul dengan single duet bersama seorang penyanyi wanita.

Ezad atau nama sebenar, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim bersyukur rezekinya terus murah terutama selepas pulang daripada mengerjakan umrah, beberapa bulan lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Ezad Lazim & Zeana Ramli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: