22 March 2020

ULANG TAHUN KE-37 HARI INI - BCL MOHON DOAKAN UNTUK ARWAH ASHRAF


Siapa sering yang mengikuti laman Instagram (IG) Bunga Citra Lestari (BCL), pasti mengetahui penyanyi Indonesia ini tidak pernah berkongsi apa-apa status sejak pemergian suaminya, pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair. Namun kini akhirnya BCL memuatnaik pesanan di IG Story, khusus buat tatapan hampir 15 juta pengikut, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 hari ini (22 Mac).





BCL beroleh kekuatan untuk berkongsi entri selepas suami tercinta kembalinya ke rahmatullah lebih sebulan lalu: "Saya tahu diri ini tidak memuat apa-apa di IG sejak kebelakangan ini kerana sejujurnya masih belum bisa.

"Tapi pada hari istimewa ini, saya putuskan untuk sampaikan terima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberi untuk aku. Aku amat bersyukur dan dirahmati dikelilingi keluarga, teman, peminat dan semua yang sayangkan diri ini serta sentiasa menyokong," luahnya.

Bunga berkata, pemergian suami bukanlah sesuatu yang mudah hendak dilalui: "Ini bukan perjalanan yang mudah. Tapi sedikit demi sedikit aku berusaha bangkit dan berjalan. Pada hari ulang tahun saya, kalau boleh minta dikirimkan doa untuk arwah suami dan semoga kita semua dilindungi daripada bahaya. Hati-hati dan duduk di rumah. Mari sama sama jaga diri dan semua... Aku sayang semua," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi IG anak lelaki BCL, Noah Aidan Sinclair, telah memuatnaik foto serta video sambutan hari lahir mummynya serta memberi ucapan yang bermakna: "Happy 37th birthday mummy.. Jika dulu, kita selalu sambut bertiga namun sekarang udah berkurang jadi dua..

"Walau apa pon yang terjadi, cukup mummy tahu yang Noah akan sentiasa ada buat mummy dan sentiasa support dalam apa jua yang mummy lakukan seperti yang daddy selalu lakukan buat mummy.. I'm just missing to sing the happy birthday song along with daddy for my pretty angel which is u mummy.. I know u are a very strong woman cause every single day u are always asking me whether I have recite the Al-fatihah for daddy or not," tulisnya.

Kali terakhir Bunga memuatnaik entri di IG adalah pada 14 Februari lalu iaitu video promosi projek duet istimewa lagu 'Menghapus Jejakmu' bersama Ariel Noah. Pada 18 Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian arwah Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Arwah Ashraf meninggalkan balu, BCL dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, berusia 10 tahun. Untuk makluman, BCL mendirikan rumah tangga dengan Arwah Ashraf pada 8 November 2008 di Jarkata, Indonesia.














www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak, Instagram Hlive, Bunga Citra Lestari & Noah Sinclair


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: