22 March 2020
TAK SAMPAI ENAM BULAN KAHWIN, ALHA ALFA & ISTERI DAH BERPISAH?
Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa sudah berpisah dengan isterinya, Noor Azlin Ismail yang dinikahi pada 28 September 2019.
"Patutlah sudah lama Cik Pang tak nampak gambar Alha bersama isteri di Instagram miliknya. Namun, Cik Pang masih tak puas hati, betul ke Alha dan isteri, Noor Azlin Ismail sudah bercerai baru-baru ini?
"Mengucap panjang Cik Pang sebab pasangan ini ketika berkahwin September lalu bukan main meriah lagi majlisnya sampaikan ada insiden kek terbalik," kata Cik Pang menerusi Harian Metro yang menerima gosip itu dari temannya.
Jika benar dakwaan ini, kami harap Alha dan Azlin kuat menempuhi dugaan ini. Namun jika sebaliknya, anggaplah ada pihak yang kurang senang dengan kebahagiaan pasangan ini. Bagaimanapun kami harap Alha tampil menjelaskan keadaan dan status diri yang sebenar supaya tidak ramai yang berteka-teki.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Alha Alfa
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment