26 March 2020

"KONGSI PASUKAN PERUBATAN PAKAI SUT CANGGIH SALAH ANGGAP... TANYA SAJA" - SHIERA


Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau mesra disapa Shiera itu baru-baru ini memuatnaik rakaman video pasukan perubatan mengenakan sut lengkap perlindungan badan ketika operasi menyelamat pesakit Covid-19 dipercayai berlaku di sebuah negara Timur Tengah menerusi laman Instagram miliknya.





"Alat-alat diorang lain kot ngan kita... topeng dia ada gas rasanya ye... lapang nak bernapas. Ni so lain negara lain facilities ye? Ni kat madinah rasanya. Ke malaysia ada?," tulis penyampai segmen Suria Petang ini pada kapsyen posting berkenaan.

Bagaimanapun perkongsiannya itu telah disalah anggap netizen dan mengundang rasa kurang senang salah seorang netizen yang meminta isteri kepada pelakon Ijoy ini mengubah cara pemikiran terlebih dahulu sebelum berbicara mengenai kemajuan: "Ukur baju dibadan sendiri.. ubah fikiran, InsyaAllah akan capai kemajuan yang lebih.. jangan duk over sibuk nak hentam," tulis netizen tersebut.

Justeru, Shiera meminta individu tersebut mengubah cara pemikiran supaya lebih positif dan tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa mengetahui niat seseorang: "Saya pelik betul! Kongsi rakaman video pasukan perubatan pakai sut canggih di Instagram pun orang boleh salah anggap... ada yang kata saya nak hentam pihak tertentu.

Klik untuk gambar besar


"Kita ni tanya saja... iyalah benda tak pernah tengok, tapi macam-macam pula netizen kata. Itulah kalau orang dah tak suka, semua bendalah tak kena. Kalau kita tak tahu tentang sesuatu, tak salah kalau nak bertanya. Saya buat perkongsian itu bukan berniat nak mempersoalkan mana-mana pihak... tolonglah belajar untuk tidak berfikiran negatif," katanya.

Sementara itu, Shiera berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sehingga 14 April depan menjadi peluang untuk umat Islam mendekatkan diri dengan pencipta: "Bagi saya sekarang inilah peluang untuk kita muhasabah diri, fikir balik kenapa Allah uji kita... untuk kita mendekatiNya!

"Ketawa boleh... tapi beringat-ingat kemudian hari. Mungkin ini ujian untuk kita semua, dalam keadaan sekarang ini, kita akan diuji banyak hal tentang keluarga, hubungan suami isteri dan duit," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sharifah Shahirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: