15 March 2020

MALANG TAK BERBAU - DRAMA BAND TERLIBAT KEMALANGAN


Kumpulan Drama Band telah terlibat dalam satu kemalangan pada pagi tadi dan perkara itu dikongsikan oleh vokalis kumpulan tersebut, Aepul Roza menerusi laman Instagram miliknya: "Allahu akbar" is all I can say during the crash. Alhamdulillah. @dramabandmy #DramaboisOnTour #Dramabois #WhatALife," tulis Aepul pada sebuah video yang meperlihatkan keadaan di bahagian hadapan kereta mereka hancur.





Difahamkan kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi di Penang itu telah melibatkan beberapa orang ahli kumpulan Drama Band iaitu Aepul, Daus, Padel dan seorang pekerja mereka. Menurut Aepul, kereta mereka mengalami kerosakan sepenuhnya (total loss) selepas dilanggar pemandu kereta Vios yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

Aepul juga berkata pemandu tersebut bersama teman wanitanya melarikan diri dengan meninggalkan kereta mereka di lokasi kejadian: "Ketika itu, kami dalam perjalanan ke Penang selepas selesai Jelajah Drama Band di Alor Setar, Kedah.

"Padel bawa kereta pun perlahan saja. Sampai bawah terowong Jalan Tunku Kudin, tiba-tiba ada kereta Vios laju dari lorong kanan masuk ke lorong kiri berlanggar dengan kereta kami. Bila kami keluar jumpa pemandu kereta itu, mulut dia berbau alkohol.

Klik untuk gambar besar


"Tapi tak lama lepas itu, pemandu tersebut dan kekasih larikan diri meninggalkan kereta mereka tanpa kami sedar. Selepas itu, kami terus buat laporan polis dan walaupun dia larikan diri tapi kereta dia masih ada di tempat kejadian," katanya.

Rata-rata netizen dan beberapa selebriti turut terkejut dan mendoakan agar segala urusan Drama Band dipermudahkan. Dalam pada itu, Aepul memberitahu mereka tidak mengalami kecederaan yang teruk namun mengalami sedikit luka di bahagian dahi dan kakinya.

"Alhamdulillah tiada yang cedera teruk, cuma saya ada luka sedikit di dahi dan kaki. Daus pula dada dia terhentak tapi nasib baik tak ada apa yang serius. Memang terkejut sebab pertama kali dalam hidup saya kemalangan. Apa-apa pun, saya bersyukur rakan-rakan yang lain selamat," ujarnya.

Drama Band kini berada di Penang untuk siri jelajah mempromosikan karya terbaharu mereka dan seterusnya di Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Mac depan manakala pada 29 Mac di Melaka. Apa-apapun, semoga semuanya berada dalam keadaan selamat.








www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Hlive, mStar, Aepul Drama Band & Drama Band


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: