16 March 2020

SELAMAT BERTUNANG - JOY REVFA RAHSIAKAN WAJAH TUNANG


"Biar lah rahsia dgn siapa joy bertunang...

"Terima kasih joy ucapkan kepada seluruh keluarga joy, keluarga sebelah lelaki, saudara mara & sahabat2 sanggup datang dari jauh utk Majlis Pertunangan joy yg dibuat secara sederhana & tertutup di kediaman joy di Shah Alam..



"Mohon doa yg baik2 dari kawan2 semua semoga ikatan ini sampai ke hari pernikahan kami nanti.. amin ya rabb," demikian tulis Joy Revfa yang kembali mengikat tali pertunangan selepas sekian lama solo.



Dia yang sebelum ini bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 2017, selamat bertunang dengan rakan kongsi perniagaannya, kelmarin tanpa mendedahkan identiti jejaka pilihan hatinya itu. Namun difahamkan, tunangnya seorang jurulatih kecergasan dan mereka akan diijabkabulkan dalam tahun ini juga.



"Majlis pertunangan dibuat sederhana dan tertutup. Saya bersyukur majlis dihadiri teman rapat seperti Heliza Helmi, Mawar Karim dan Lufya.

"Insya-Allah, majlis perkahwinan dirancang, tidak lama lagi. Insya-Allah tahun ini juga," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Kami bertemu pada mesyuarat di mana saya mahu melebarkan skop perniagaan dalam bidang kecergasan diri.



"Tunang saya adalah jurulatih kecergasan dan memiliki perniagaan sendiri. Akhirnya, kami jadi rakan kongsi di bawah Merve Fitness. Sejak itu, kami mula kenal hati budi masing-masing. Dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman saya," tambahnya pada BH Online.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: