15 March 2020

9 TAHUN 'HILANG', DISANGKA BERSARA - RAMLAH RAM NAFI, MUNCUL DENGAN 'MASAR CINTA'


Penyanyi Ramlah Ram yang sudah hampir sembilan tahun 'hilang' daripada industri muzik itu disangka sudah tidak berminat dengan dunia nyanyian. Bagaimanapun, Ramlah, 55, berkata, dia masih aktif dan menerima tawaran untuk menyanyi di acara tertutup, biarpun lama tidak keluar dengan lagu baharu.





"Sebenarnya saya masih lagi aktif dan menerima tawaran untuk membuat persembahan dalam acara tertutup. Selain itu, ada juga buat kerja lain berkaitan dengan karier seni. Mungkin orang lihat saya tak ada keluar album atau lagu dan jarang muncul dalam mana-mana program televisyen, mereka anggap saya sudah berhenti. Tapi saya masih menyanyi dan belum lagi tinggalkan dunia nyanyian," kata Ramlah.

Ramlah ditemui ketika majlis pelancaran single terbaharu berjudul 'Masar Cinta' di Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Jumaat. Kali terakhir penyanyi kelahiran program Bintang RTM ini mengeluarkan single pada 2011 yang berjudul 'Diam-Diam Jatuh Cinta'.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Ramlah memberitahu dia berasa sebak sepanjang merakam lagu itu berikutan terkenang penggubah lagu bersama iaitu Allahyarham ID Mifzal yang meninggal dunia pada Mac 2017: "Ketika rakaman, saya memang sukar nak menyanyi. Boleh dikatakan lagu ini paling susah nak rakam disebabkan terpaksa berlawan dengan perasaan.

"Saya rasa sebak sebab terkenangkan arwah yang juga bekas presiden kelab peminat saya. Orang tak tahu betapa rapatnya hubungan kami dahulu. Lagu ini kami gubah bersama-sama, tapi arwah tak sempat nak tengok hasil sepenuhnya. Memang saya rasa nak menangis tapi cuba kawal sebab nanti tak dapat pula nak menyanyi," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Hlive


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: