13 March 2020

"MEMANG JENIS MANCUNG..." - HANA AZRAA NAFI DAKWAAN 'BUAT' HIDUNG


Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa didakwa umum yang mengatakan dirinya melakukan suntikan filler bagi mendapatkan bentuk hidung yang mancung. Hana bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan atau pembedahan kecantikan pada hidungnya.





"Pulak dah. Dok buat isu saya filler hidung pulak. Korang ni macam-macam betul lah. Nak buat macam mana dah memang hidung saya jenis mancung. Tak ada sebab saya nak buat filler hidung bagai nah," tulisnya menerusi satu entri yang dikongsikan di Insta Story miliknya.

Difahamkan, netizen mula membuat spekulasi dirinya 'buta' hidung selepas cuba membandingkan hidung anaknya yang seolah-olah tidak mewarisi ciri-ciri mancung sepertinya. Namun, kata Hana, barangkali anak-anaknya,mewarisi genetik hidung bapa mereka.

Klik untuk gambar besar


"Anak-anak saya hidung mereka tak berapa nak mancung nak buat macam mana. Tuhan cipta lagu tu, selain ikut hidung bapa mereka lah kot. Haha," jelasnya yang mendirikan rumah tangga dengan PU Abu pada Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan dengan PU Abu, Hana dikurniakan cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Menerusi perkahwinan pertamanya, Hana dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: