13 March 2020

"SEDIH & TERTEKAN... TEGURAN BONDA ITU BUAT RAMAI SALAH TAFSIR" - ALIFF SYUKRI


Mengenai teguran terbuka ibunya, Rozita Ibrahim menerusi video yang dimuatnaik di Instagram kelmarin, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terasa hati dengan teguran terbuka ibunya. Aliff berkata, ibunya itu tidak wajar berbuat sedemikian apatah lagi dibuat untuk tatapan umum.





"Diakui saya terkejut, sedih dan sedikit tertekan. Teguran bonda itu membuatkan semakin ramai yang salah tafsir. Malah, orang terus buat provokasi. Saya merajuk dengan dia. Sepatutnya dia kena berikan kata-kata semangat, bukan kecam. Walaupun saya anak dia, tapi sebagai manusia biasa yang ada hati ada perasaan, sudah tentu saya terasa," tuturnya.

Ditanya adakah dia menghubungi ibunya bagi menyelesaikan perkara itu, Aliff berkata belum berbuat sedemikian: "Ini bukan publisiti. Malah, saya tak perlukan publisiti pun. Saya belum lagi mesej atau jumpa dia. Apa pun, saya tetap sayang dia," katanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Rozita membuat teguran mengenai tindakan Aliff memuat naik video 'teaser' yang memaparkan menangis darah. Menerusi teguran itu, Rozita menasihati Aliff supaya sedar diri yang mana dia tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Sementara menerusi IG Aliff, video pendek itu adalah single terbarunya, 'Cuba Bahagia' yang akan dilancarkan secara rasmi hari ini di saluran YouTube miliknya TV Terlajar Laris.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Aliff Syukri & Rozita Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: