13 March 2020

RAMAI TANYA - PENGURUS SITI NURHALIZA DEDAH SUDAH BERCERAI 2 TAHUN LALU


"Mungkin tak semua orang tahu dan ramai yang tanya mana suami, kenapa tak letak gambar dia. Sebenarnya status saya sekarang adalah ibu tunggal. Kami sudah berpisah hampir dua tahun lalu. Sebelum kami ke mahkamah untuk memutuskan perpisahan, rakan serta keluarga terdekat sudah mengetahui itu jalan terbaik untuk kami.





"Ramai yang tanya mana suami saya, kenapa tak letak gambar suami apabila sering berkongsi foto dengan anak-anak. Dalam hal ini, hanya rakan dan keluarga rapat saja tahu kedaan sebenar yang saya adalah ibu tunggal. Sebagai ibu, saya tak nak status perpisahan yang berlaku membuatkan anak-anak rasa terabai.

"Jadi, saya duduk dengan anak-anak dan panggil mereka untuk berbincang supaya bersedia. Saya tidak mahu mereka fikir bukan-bukan. Bagi saya, kekuatan anak-anak bergantung kepada tindakan ibu bapa," demikian kata pengurus penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak yang mengesahkan sudah bercerai dengan abang Siti, Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie sejak dua tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu dikongsi Rozi, 46, menerusi rakaman video dengan sebuah penerbitan majalah yang dimuatnaik di Instagram, baru-baru ini. Menurut Rozi yang juga ibu beranak tiga itu, status dirinya turut menjadi pertanyaan dalam kalangan peminat di media sosial apabila tidak pernah melihat kelibat suaminya bersama.

Rozi berkata perpisahan adalah jalan terbaik buat dia bersama bekas suami dan perkara itu diketahui anak-anak. Dalam diam, rupa-rupanya pengurus Siti kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Rozi yang terbiasa berdikari berkata, dia meneruskan kehidupan seperti biasa, cuma bezanya tanggungjawab keluarga digalas sendiri. Rozi berkata, kehidupan mencabar apabila perlu melakukann sendiri pada masa anak-anak dalam proses membesar.

Menerusi kapsyen di video tersebut, Rozi berkata dia sememangnya kurang bercerita mengenai hal peribadi namun terbuka untuk berkongsi motivasi dan inspirasi. Rata-rata netizen di ruang komen tersebut memuji Rozi seorang wanita yang kuat dan mendoakan agar dia sentiasa berbahagia dengan anak-anak.



Dalam pada itu, Rozi memberitahu biarpun bergelar ibu tunggal namun dia tetap bekerja keras untuk memastikan anak-anak mempunyai masa depan yang baik: "Bila kita bergelar ibu tunggal dan hidup tanpa pasangan, sudah tentu ada cabarannya. Tapi ketika saya masih ada pasangan, saya seorang sangat berdikari.

"Alhamdulillah, saya ada kerja tetap dan bila jadi ibu tunggal, saya masih teruskan apa yang saya buat. Cuma, cabarannya nak pikul semua seorang diri. Anak-anak pula ketika itu sedang membesar dan perlu perbelanjaan yang banyak, jadi saya tak boleh berada satu tahap saja.

"Saya perlu cari peluang dan sumber untuk menjana ekonomi supaya anak-anak ada masa depan yang baik. Saya tak nak status kita ini buat anak rasa terabai," ujarnya yang dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan, hasil perkongsian hidup dengan Ayie.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro & Instagram Rozi Abdul Razak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: