13 March 2020

SAJAT KENA 'WARAN TANGKAP'


"Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.

"Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor," ujar sumber yang dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.





Waran tangkap tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor semalam, terhadap Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.

Terdahulu, Sajat telah dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Nur Sajat yang tidak hadir semasa pengurusan kes berkenaan pagi semalam dan akhirnya waran tangkap terpaksa dikeluarkan terhadapnya.

Untuk info, Nur Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Malah Sajat juga pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: