12 March 2020

SEPAHTU REUNION LIVE DITUNDA KERANA COVID-19: "SAMA-SAMA BERDOA SENTIASA DILINDUNGI..."


Berikutan langkah keselamatan serta pencegahan bagi mengekang penularan Coronavirus 2019 (COVID-19) yang kini melanda seluruh dunia, termasuk di negara ini, program komedi, Sepahtu Reunion Live telah ditundakan. Perkara itu dikongsikan anggota kumpulan berkenaan menerusi laman Instagram masing-masing.





"Kami ingin beritahu berita yang mendukacitakan apabila kami diberitahu pihak Astro telah memutuskan untuk menunda siaran langsung program Sepahtu Reunion Live pada hari Jumaat ini dan Sepahtu Reunion Al-Puasa pada hari Ahad ini. Perkara ini berikutan langkah berjaga-jaga pihak Astro untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak," kata Jep.

Sementara itu, Shuib turut memaklumkan bahawa mereka akan sentiasa mengemaskini akaun Instagram rasmi, @Sepahtu Reunion Live Official: "Jangan risau, kami akan sentiasa 'update' dari masa ke masa mengenai program Sepahtu Reunion Live. Sama-sama kita berdoa agar sentiasa dilindungi daripada virus COVID-19 dan keadaaan kembali pulih seperti biasa," jelas Shuib.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir turut tercalon bagi kategori Program MeleTOP dalam Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pihak Astro turut memaklumkan bahawa program hiburan, MeleTOP yang bersiaran secara langsung pada Selasa lalu di Astro Ria dan Ria HD tidak mempunyai penonton sebagaimana lazimnya.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Jep sepahtu, Shuib Sepahtu & Rahim Sepahtu & Sepahtu Reunion Live Official


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: