12 March 2020

MIRA FILZAH BAKAL NIKAHI WAN EMIR ASTAR OKTOBER 2020?


Mira Filzah sebelum ini mengakui dirinya sedang mengenali hati budi seseorang dan timbul spekulasi pelakon itu sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Wan Emir Astar. Kemudian timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini.





Terbaru, Mira dan buah hatinya itu dikhabarkan akan disatukan sebagai suami dan isteri sekitar bulan Oktober ini. Menurut satu sumber kepada Astro Awani, pasangan itu bakal mengadakan majlis hari bahagia mereka di ibu negara. Bagaimanapun setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada kedua belah pihak berhubung perkhabaran gembira itu.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini," kata sumber tersebut.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, hangat diperkatakan apabila ada sumber mendedahkan jejaka yang berjaya mencuri hati Mira dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen. Identiti jejaka itu diketahui ramai apabila tampil bersama pelakon drama 'Lelaki Kiriman Tuhan' itu di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah awal Januari lalu.

Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.

Lelaki berusia 30 tahun itu pula merupakan anak sulung daripada empat beradik. Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: