13 March 2020

COVID-19: PENERBANGAN KE EROPAH - AERIL MINTA PANDANGAN, BATAL 'HANGUS' RM150,000


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Aeril Zafrel memberitahu dirinya dalam dilema untuk meneruskan perancangan bersama isterinya Wawa Zainal ke Eropah pada Ahad ini, dek kerana penularan wabak Covid-19 yang semakin serius. Aeril, 32, berkata dia akan kerugian hampir RM150,000 jika ingin membatalkan perjalanan itu memandangkan tiket penerbangan tidak dapat ditunda ke tarikh yang lain.





"Minta pandangan... saya, isteri dan team sepatutnya pergi ke Eropah Ahad ini. Tapi pihak agensi kata tak boleh tunda atau pulangkan wang. Sebab kami pergi bersama kumpulan. Jadi kena pergi juga, airline tak bagi tukar tarikh katanya.

"Memang tak boleh tukar tarikh ke airline ini? Macam mana ya? Kalau tak pergi pula, mahu kena burn hampir RM150,000," kata pelakon drama 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' ini yang memuatnaik status bertanyakan pendapat daripada netizen di Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen berpendapat Aeril sepatutnya membatalkan niat untuk ke negara yang mempunyai jumlah tertinggi kadar jangkitan virus tersebut: "Duit boleh dicari, tapi kesihatan harus diutamakan. Memang rasa sedih sebab banyak tu RM150,000 dan mungkin boleh tanya kepada yang lebih pakar.

"Eropah kawasan mana tu? Kalau Itali memang tak boleh sebab wabak berleluasa di sana. Solat istikharah tanya pada Allah antara kesihatan dan kewangan yang mana lebih utama? - "Bahaya tu sekarang Covid-19 dah diisytihar Pandemik. Lebih baik fikir betul-betul. Semoga dipermudahkan ya," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, pengacara TV Fedtri Yahya turut menasihati Aeril untuk tidak meneruskan perancangan itu memandangkan keadaan semakin teruk: "Semakin teruk. Takut kalau nasib tak baik (nauzubillah min zalik), kena kuarantin atau sekatan yang menyusahkan di kemudian hari," katanya menerusi ruang komen status itu.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: