13 March 2020

KERETA DIPANDU ISTERI AJAK DILANGGAR: "JANGAN MAIN HANDPHONE BILA DRIVE OKAY"


Pelawak dan pengacara, Ajak Shiro menerusi satu posting yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya malam tadi telah memaklumkan bahawa kenderaan pacuan roda miliknya terlibat dalam satu kemalangan kecil apabila dilanggar sebuah kereta dari arah belakang petang semalam.





Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika kenderaan tersebut dipandu isterinya, Afifah Amin di kawasan Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan. Biarpun bahagian depan Perodua Alza tersebut remuk, namun tiada kecederaan berlaku kepada pemandu dan penumpang.

"Cerita petang tadi (semalam)... Sakit montot kite kena langgar.. Nasib baik xde pape.. Alhamdulillah dua2 selamat.. Hati2 ye semua.... Jangan main handphone bila drive okay. #report #claiminsuran #hatihatisemua #hujan #jalanlicin," tulis Ajak.

Klik untuk gambar besar


Ajak turut berkongsi foto yang memaparkan keadaan kenderaan tersebut. Sementara itu, Afifah dalam posting di Instagram miliknya memberitahu kenderaannya Toyota Hilux tersebut dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza ketika dia sedang menunggu di lampu isyarat.

"Perasan bag atas kerusi penumpang jatuh.. Eh, Lahhh kene langgar ke? Panjatttt boboi..... Alhamdullilah xde apa2.... Cikgu elok jer tunggu lampu isyarat merah. Tiba-tiba kena cium dari belakang. Saja tau.. buat terperanjat," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ajak Shiro & Afifah Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: