13 March 2020

UNFOLLOW ISTERI - ALIFF SYUKRI NAFI BERMASALAH, 'COBA BAHAGIA' TIADA KENA MENGENA


"Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami, kami bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya... kami bahagia. Saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya," demikian kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bermasalah susulan tindakannya yang sudah tidak mengikuti isterinya lagi, Datin Seri Shahida di Instagram.





Aliff, 33, ketika ditemui sewaktu sidang media pelancaran lagu 'Coba Bahagia' di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu berkata hubungan rumah tangganya bersama isteri baik-baik sahaja. Dalam pada itu, Aliff ketika ditanya mengenai tindakan Shahida yang juga tidak mengikutinya di Instagram, usahawan tersebut enggan memberikan komen lanjut: "Tiada komen", jawabnya ringkas.

Terdahulu, hubungan rumah tangga pasangan tersebut dikatakan bermasalah selepas kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram. Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila lagu terbaharunya, 'Coba Bahagia' yang dilancarkan hari ini seolah-olah ditujukan buat insan bergelar isteri.

Klik untuk gambar besar


Biarpun menafikan hal tersebut, namun, Aliff mengakui lagu itu menggambarkan perasaannya ketika ini yang benar-benar sedih dengan apa yang dilalui: "Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia.

"Pada masa sama, lagu ini bukan ditujukan kepada isteri atau keluarga, sebaliknya untuk pendengar yang sedang berdepan dengan masalah kebahagiaan. Apa pun, saya nak bahagia dengan anak dan keluarga," luahnya jujur yang mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan lima cahaya mata serta turut mengambil seorang anak angkat.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menerima kecaman teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri. Dalam pada itu, lagu 'Coba Bahagia' merupakan single ketujuh yang diterbitkan usahawan tersebut. Ia merupakan cubaan sulung Aliff menghasilkan sepenuhnya lirik dan lagu berkenaan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: