13 March 2020

NONNY NADIRAH: "YES, I'M A SINNER.. BUKAN NAK JADI USTAZAH HATI HITAM..."


Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon Nonny Nadirah memberitahu yang dia lebih rela mengakui dirinya sebagai seorang pendosa dan tidak mahu menjadi hipokrit. Namun, kata Nonny, sebagai umat Islam, dia tidak berputus asa memperbaiki diri dan bertaubat.





Nonny berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian terbabit, dia memuat naik fotonya berjubah hitam. Tambah Nonny lagi, dia bukan hendak menjadi pendakwah tetapi lebih kepada bermuhasabah diri.

"Yes, I'm a sinner. I would rather be known in life as an honest sinner, than a lying hypocrite. Deep down there, u know.. Jangan putus Doa. Allah suka akan hambaNya yg berbuat dosa tapi dia bertaubat. Bukan nak jadi ustazah hati hitam boleh tutup dgn jubah, manusia yg paling jahat pun boleh berubah, ajar diri dgn bermuhasabah, rajinkan lidah dgn mengucap kalimah.

Klik untuk gambar besar


"Rasa stress, rasa depress, rasa teraniaya ; La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin. "Ya Allah, Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Allah. Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku termasuk golongan orang yang zalim". SubhanAllah. Maha suci Allah. Sesunggguhnya Engkau maha baik. #sharingiscaring," tulis Nonny.

Nonny mula berhijrah dan berhijab sejak awal tahun lalu selepas pulang dari mengerjakan umrah. Pelakon yang berasal dari Sabah itu telah pun bercerai dengan suaminya, Mustain Adnan selepas kurang tempoh setahun perkahwinan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nonny Nadirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: