03 March 2020

NOURUL BANGGA AYU RAIH ANUGERAH DEKAN DI UNIMAS: "TAHNIAH ANAK MAMA..."


"Proud mama. Tahniah anak mama for this dean award! And to all the future zoologists! You have great responsibilities to conserve, preserves and to educate the rest of the world about world and Animal.





"We need that. Keep up the good work," demikian kata penyanyi Nourul Depp yang sekali lagi meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Ayu Nazirah mendapat anugerah dekan dalam jurusan Zoologist dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Perkara tersebut dikongsikan Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram. Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata peminat gembira atas kejayaan yang diperoleh gadis 22 tahun itu.

Sebelum ini, penyanyi lagu 'Kerana Terluka' ini menerusi platform sama turut menyatakan rasa bangganya terhadap Ayu yang mendapat anugerah sama buat kali keempat.

Untuk pengetahuan, Ayu merupakan zuriat hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai yang dikahwini sekitar Disember 1996 kemudian berpisah pada Februari 2007. Nourul kini bahagia harmoni bersama suami, Eric Depp dan setakat ini, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instgram Nourul Depp & Ayu Nazirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: