02 March 2020

PENYANYI DAN PENCIPTA LAGU, 'ABANG LONG' KEMBALI KE RAHMATULLAH


Shafie Ahmad, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Long yang mencipta dan menyanyikan lagu ‘Selagi Ada Rindu’, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah, petang semalam.

Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 6.50 petang di sisi kesemua tujuh anaknya dan isteri selepas tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.





"Abah dirawat di HSAH sejak 8 Februari lalu selepas dipindahkan dari Hospital Sik.

"Sebelum ini abah dirawat di Hospital Sik selama 25 hari iaitu sejak awal Januari lalu akibat demam panas.

"Doktor beritahu paru-paru abah berair selain turut mengesyaki abah menghidap kanser darah," ujar anaknya, Nur Muhammad Idhoffy, 18, dipetik sebagai berkata ketika dihubungi media.

Untuk makluman, Abang Long terkenal dengan lagu 'Selagi Ada Rindu', 'Cinta Pantai Merdeka' nyanyian Tropika dan lagu 'Al Jannah' dendangan Mawi.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu 8, Sik dan dikebumikan pagi ini.

Al-Fatihah!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: