02 March 2020

TAHNIAH, BAYI LELAKI HAFIZ SUIP LAHIR 22 HARI LEBIH AWAL


"Alhamdulillah...welcome to the world my son," demikian kongsi Hafiz Suip, apabila isterinya Nureffy Jasreel Abdullah, selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip, kira-kira jam 8.52 malam semalam.





Awalnya isteri Hafiz dijangka melahirkan anak pada 23 Mac depan, namun kelahiran bayi itu telah disambut lebih awal.

Untuk info, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2017 iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 3.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: