02 March 2020

ALHAMDULILLAH - MAMAT SEPAH AKHIRNYA SAH BERGELAR SUAMI POLIS


"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang. Akhirnya saya bergelar suami. Macam tak sangka, tetapi ya... Saya sudah melangkahkan kaki ke satu fasa baharu dalam hidup ini.





"Syukur," demikianlah kata pelawak Mamat Sepah yang akhirnya sah bergelar suami kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang dikenali sebagai Diana Ibrahim dengan sekali lafaz pada Ahad (1 Mac 2020), selepas tiga kali menangguhkan perkahwinan.

Mamat atau nama sebenar Mohd Noor Murad, 35, meluahkan rasa syukur kerana segala urusan majlis pernikahannya berjalan dengan lancar. Majlis pernikahan Mamat dan Diana yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Kulai, Johor.

Klik untuk gambar besar


Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin bersama lima berbalas lima dulang hantaran manakala wang hantaran dirahsiakan. Mamat turut berkongsi video dan foto suasana sepanjang majlis pernikahannya di laman Instagram.

Dalam pada itu, Mamat memberitahu dia dan isteri tidak mempunyai perancangan mengenai lokasi berbulan madu disebabkan masing-masing sibuk kerja: "Bulan madu tu kami tak fikir lagi. Tapi tengoklah dalam sehari dua ini macam mana sebab kami nak pergi rumah saudara mara dulu.

"Kalau ikut adat orang jawa ni, pengantin kena pergi rumah saudara mara dulu. Jadi, biar kami selesaikan tour ini dahulu," ujar Mamat yang mengikat tali pertunangan dengan Diana yang berasal dari Sabah pada tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Mamat Sepah & @loav.film


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: