20 March 2020
PERGI KE LONDON ATAS URUSAN KELUARGA - SARAH SUHAIRI MOHON DOA
Nampaknya masih ada lagi masyarakat yang mengambil ringan biarpun wabak Covid-19 sedang menular di seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikeluarkan. Malah, beberapa selebriti juga dilihat terbang ke luar negara sejak virus ini disedari sudah menular ke Malaysia.
Penyanyi Sarah Suhairi yang bercuti ke London, United Kingdom sebelum Perintah Kawalan Pergerakan itu dikeluarkan berkata dia ke sana atas urusan keluarga. Menurut Sarah, 20, dia dan keluarganya dalam keadaan baik dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang berada di sana.
"Alhamdulillah, saya baik-baik saja dan keluarga pun selamat serta sihat. Kami ke London atas urusan keluarga yang berada di sana. Lagipun, tiada kedai yang buka sampai lewat menyebabkan saya tak keluar pun berjalan-jalan. Selain itu, saya sentiasa sanitize tangan. Apa-apa pun, doakan saya dan keluarga baik-baik saja ya," kata Sarah menerusi kiriman mesej di aplikasi whatsApps.
Klik untuk gambar besar
Juara program Big Stage musim pertama ini pernah memuatnaik fotonya ketika berada di negara tersebut di Instagramnya namun dipadam selepas menerima kecaman netizen. Segelintir netizen yang mengetahui Sarah di London meluahkan rasa kebimbangan memandangkan negara itu mempunyai jumlah kes tertinggi.
Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Difahamkan, Sarah akan pulang ke Malaysia selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Selain Sarah, penyanyi Ande Bernadee dan pelakon Ben Amir serta Nelydia Senrose dikatakan turut berada di luar negara ketika ini.
Ben yang kini berada di Scotland memberitahu dia sentiasa positif, berada dalam keadaan bersih dan menyokong antara satu sama lain sebaik mungkin pada waktu-waktu getir ini. Bagaimanapun, perkongsian Ben menerima kecaman netizen yang menganggap tindakannya bercuti pada waktu ini adalah tidak sesuai.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Sarah Suhairi & Ben Amir
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment