20 March 2020

AARON AZIZ DEMAM, SUHU AGAK TINGGI - ISTERI NAFI SUAMI TERKENA COVID-19


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik telah memuatnaik gambar suami dan memberitahu keadaannya kurang sihat apabila mengalami demam panas.





"SubhanaAllah, 19 Mac, Hari kedua lockdown, big bos rebah akibat demam. Semalam mengadu sakit gigi, hari ini (semalam) demam dah. Panas badan agak tinggi, tak nak mandi, jadi kita sponge sahajalah. Semoga Allah berikan kesembuhan segera kepada suami saya yang tersayang," tulisnya.

Menurut Diyana lagi, orang ramai tidak perlu bimbang kerana, ia hanyalah sekadar demam biasa dan bukan mempunyai kaitan dengan wabak COVID-19: "Kepada mereka yang bertanya, Alhamdulillah, ia bukan COVID-19" jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, kongsi Diyana, keadaan kesihatan Aaron yang tidak mengizinkan itu membuatkan dia mengimbau pengorbanan suaminya yang pernah menjaganya dengan memberikan sepenuh perhatian: "Ibu-ibu kalau sakit, seluruh kerja rumah terhenti. Bapa-bapa kalau sakit, ibu-ibu berhenti buat kerja rumah. Betul tak? Apapun, siapa sahaja sakit, ibu-ibu tetap akan pastikan demam surut baru kita rehat.

"Teringat dua tahun lalu sewaktu saya sakit, suami tercinta saya jaga, sampai sanggup tolak tawaran besar yang datang. Love you sayang @aarondwiaziz," coretnya yang menerima komen dimana rata-rata peminat mendoakan agar Aaron kembali sembuh dan dapat meneruskan rutin kehidupan seperti biasa.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Diyana Halik


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: