Pelakon Datin Almy Nadia menerusi laman Instagram mliknyan telah berkongsi sepotong video anak-anaknya sedang bermain gelongsor di dalam rumah. Menurut Almy, set gelongsor tersebut dibeli suaminya Datuk Fizz Fairuz kerana bimbangkan kesihatan anak-anak disebabkan virus COVID-19 yang sedang menular.

"Disebabkan luar banyak virus bahaya, jadi papa dia wujudkan taman permainan dalam rumah khas untuk anak-anak dia. Terima kasih papa," tulis Almy pada sebuah video yang menerima 90 ribu kali dan rata-rata yang meninggalkan komen memuji cara pasangan suami isteri itu mengisi masa berkualiti bersama anak-anak.
Kepada ibu bapa di luar sana, tak susah pun nak habiskan masa bersama anak-anak ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, contohi Almy dan Fizz. Taman permainan dalam rumah, not bad kan? Hari ini sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, ingat #dudukrumah dan patuhi arahan ya!
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz
________________________

No comments:
Post a Comment