20 March 2020
"JANGAN BAHAN 'DOKTOR' BARU NI EK" - AISHAH DIY BOTOL AIR SEBAGAI 'FACE SHIELD'
"This my friend, Dr. Nazlin, she is also an aesthetic doctor and also a GP, ALSO the president of my @aishahfcff_official. Walaupun dia tidak bertugas di hospital yang berhadapan dengan pesakit COVID-19 secara terus, dia tetap berdepan dengan pesakit-pesakit yang berpotensi mengidap penyakit ini di kliniknya.
"Tengahari tadi dalam Whatsapp group fc kami dia kelam kabut cari plastic yang selalu dijual di kedai buku. Masalahnya kedai buku semua tutup. Nasib baik, entah fail mana dia dah koyakkan plastik untuk buat face shield tu.
"Petang tadi tengah nak menguruskan sampah, I terpandang botol air yg kosong. An idea was triggered!! Inilah hasilnya, tolong jangan bahan gambar 'doktor' baru ni ek. Sekadar nak tunjuk saja. Dengan menggunakan botol air ni kita boleh buat face shield sekiranya terpaksa keluar buat masa ini.
"Permukaan yang keras dan melengkung dgn senangnya menjadikannya a DIY face shield. Boleh adjust sendiri nak potong panjang mana. COVID-19 ni menurut Lin boleh dijangkiti melalui cecair dari mata dan sebagainya. Jadi, face shield begini memang perlu untuk frontliners ni.
Klik untuk gambar besar
"Tetapi, biasalah benda-benda macam ni semua sekarang terhad dan juga agak mahal. So kita try yg ni. Take care Lin, and all the frontliners. Our prayers are with you guys always," demikian tulis penyanyi Aishah yang berkongsi cara membuat sendiri pelindung muka kepada sahabatnya seorang doktor.
Idea tersebut tercetus selepas sahabatnya dikenali sebagai Dr Nazlin membuat posting di Whatsapp memberitahu beliau mencari plastik pembalut buku untuk dijadikan pelindung muka. Bagaimanapun Dr Nazlin yang juga presiden kelab peminat Aishah akhirnya berjaya mencipta pelindung muka sendiri menggunakan plastik yang dikoyak daripada fail.
Aishah berkata ideanya mula timbul untuk mencipta pelindung muka sendiri apabila terpandang botol air kosong ketika hendak membuang sampah. Sementara itu diruangan komen Dr Nazlin telah mengucapkan terima kasih kepada Aishah kerana telah memberi idea dengan rekaan tersebut.
Juara program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu juga dilihat membalas komen Dr Nazlin sambil memberitahu tidak ada cara lain yang boleh dibuat untuk membantu para petugas kesihatan juga barisan hadapan penentang COVID-19 ini.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aishah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment