20 March 2020

EMMA HAIRAN POST TIKTOK JADI TREND, POST BAB AGAMA DIKECAM 'MENUNJUK'


Pelakon Emma Maembong yang kini sedang menikmati saat bahagia bergelar isteri itu menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya yang baru selesai menunaikan solat jemaah bersama suami, Muhammad Shazli dan bapa mentuanya.





Menerusi posting yang sama, Emma meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka mempertikaikan tindakan dan mengecam sesetengah pihak yang berkongsi hal mengenai amalan kebajikan dan keagamaan di media sosial. Pastinya sesiapa sahaja yang melakukan perkara itu akan dilabel sebagai seorang yang suka menunjuk.

Bagi Emma, tiada salahnya sekiranya seseorang individu itu berkongsi mengenai amalan baik yang dilakukan di media sosial kerana ia secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

Klik untruk gambar besar


Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 28, lagi, masyarakat kita sepatutnya lebih bersikap positif dan tidak melihat dari aspek negatif terhadap posting yang menggalakkan orang ramai ke arah kebaikan.

"#PleaseStayAtHome, sementara tunggu Isyak with my husband @shazli.a and ayah mentua. Pelik zaman sekarang, kalau post TikTok takpe jadi trend ramai-ramai-ramai akan ikut. Bila post bab agama mesti ada comment "nk tunjuk la tu" "nk perli2". Bagi Emma kalau benda baik kita buat boleh gerak kan hati org lain buat sekali apa salah nya?

"Kenapa bab agama je kene simpan diam-diam tak boleh war-war kan? So please jangan negative sangat. Ada org post sedekah pon kene kecam. Dengan tengok orang post sedekah buat kita tergerak hati nak sedekah sekali or teringat kan kita untuk sedekah kan bgus.



"Jangan bila org post agama je nk kecam. Lama-lama semua orang takot nak post. Last-last pasal agama semua dah senyap di IG. Hanya tinggal challenge-challenge yang merepek untuk di viral or menari-menari TikTok please always positive. #EmaNizers #EmmaMaembong @emanizers," ujarnya.

Perkongsian Emma itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan: "Betul, yelah asyik scroll Instagram je, elok juga ada orang ingatkan pasal solat. Kadang-kadang tak perasan dah masuk waktu solat. - "Betul tu Emma, abaikan sahaja pemikiran negatif dan sempit manusia," komen sebahagian netizen.

Betul juga kata Emma, tidak salah untuk memuatnaik sesuatu tentang amal kebajikan dan agama di media sosial. Bukannya hendak riak tetapi sama-sama mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: