23 March 2020

"RISAU DIA (AERIL) LAMA-LAMA DALAM SUPERMARKET" - WAWA JAWAB PERTIKAIAN KELUAR RUMAH


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Wawa Zainal akui dia terpaksa keluar rumah ketika dalam tempoh perintah kawalan pergerakan semalam. Sebelum keluar, Wawa berkata dia perlu membuat persiapan perlindungan ke atas diirinya dan akui ia seolah-olah seperti hendak pergi berperang.





"Cari barang dapur kejap. Rasa macam nak pergi berperang," tulis Wawa yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya dengan memuatnaik foto dirinya memakai topeng muka dan berbaju hujan.

Namun entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang mempersoalkan mengapa tidak suaminya, Aeril Zafrel sahaja keluar membeli barangan keperluan tersebut: "Aeril sahaja la yang keluar, ke Aeril tiada di rumah?" komen peminat itu

Klik untuk gambar besar


Ia turut mendapat perhatian Wawa untuk membalas serta menjelaskan keadaan sebenar: "Ada, tapi lagi risau kalau dia keluar duduk lama-lama dalam supermarket sebab nak cari barang satu-satu. Kalau kita ni, dah tahu barang apa kena beli," balasnya.

Sejak 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini seluruh negara perlu mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam tempoh dua minggu ini, orang ramai diminta untuk menghabiskan masa di rumah dan mengurangkan aktiviti di luar bagi mengelakkan diri daripada jangkitan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ezad Lazim & Zeana Ramli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: