23 March 2020

"KITA LETAKKAN KETUA KELUARGA DALAM RISIKO COVID-19..." - AISHAH MULA CATU MAKANAN


"Day #5 - Reality kicks in, dengan semakin banyak kematian mangsa Covid-19. Am terrified Ngeri... Hari ini, I ambil keputusan untuk mencatu stock makanan di dalam rumah kami. Ini bukanlah masa nak suka-suka masak macam nak raya pulak. Kenapa I kata begitu??? Kalau kita, ibu2 asyik masak macam-macam, sudah tentu barang keperluan kita cepat habis.





"Maka ketua-ketua keluarga terpaksa keluar untuk membeli barang makanan. Ini bermakna kita meletakkan suami/anak/ketua keluarga kita dlm risiko jangkitan Covid-19. Anggaplah bila kita minta ketua keluarga pergi membeli barang keperluan kita menghantar mereka ke medan 'perang'.

"Sanggup ke kita senang-senang je mintak mereka keluar pasal kita nak makan sedap-sedap. Jadi hari ni kami panaskan 'rezeki ' semalam, juga nasi goreng dengan nasi lebih semalam. Ikan bilis goreng dan serunding memang sentiasa standby sejak kebelakangan ni. Ikan pun ikan goreng kelmarin.

"Yang ramai anak-anak di rumah tu, mungkin boleh 'catu' makanan setiap hari, mungkin kita kumpulkan makanan yang boleh di makan untuk hari ni saja, umumkan pada ahli keluarga boleh makan banyak itu saja untuk hari ni, secara automatic kita akan berpada-pada bila makan tu, bukannya makan like there is no tomorrow ok, begitu juga, esok dan lusa.

Klik untuk gambar besar


"Yang pandai memasak mungkin boleh share resipi-resipi makanan yang menggunakan bahan paling kurang. Kalau kita amalkan ini, kurang keraplah org tersayang kita terpaksa keluar buat masa ini. Juga, ianya boleh menimbulkan rasa 'empathy' kepada kawan-kawan kita yang kurang kemampuan.

"I percaya ramai yg kreatif, jom kita 'create' resipi murah dan mudah untuk family kita. Stay safe, stay healthy, STAY HOME guys #sampaikanygbaik2 #AishahjmmC19thoughts," demikian tutur penyanyi Aishah yang memberitahu dia mula membuat catuan makanan untuk keluarganya di rumah.

Memasuki hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi lagu Janji Manismu ini berkongsi pandangannya itu menerusi laman Instagram. Menurut Aishah, tindakan itu berikutan ingin mengurangkan risiko ahli keluarga yang lain terdedah dengan jangkitan Covid-19 ketika mendapatkan keperluan barangan asas.

Sementara itu, Aishah turut mencadangkan setiap keluarga berjimat cermat dan tidak membazirkan makanan sepanjang berdepan tempoh PKP ini. Dalam pada itu, bekas juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini berkata ibu dan isteri boleh mempelbagaikan kreativiti dalam menyediakan juadah untuk keluarga.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: