23 March 2020
SALAH BELI - ZAHIRIL LANTIK ISTERI JADI KETUA KELUARGA, SHERA TERIMA TUGAS
Umum mengetahui mengenai peraturan terkini dimana menetapkan bahawa hanya ketua keluarga yang dipilih sahaja boleh keluar untuk membeli barangan keperluan dan perkara tersebut mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia. Dalam keadaan negara yanag masih bekerja keras melawan virus Covid-19 daripada terus tersebar, arahan pergerakan terhad yang diambil diharap dapat membendung wabak daripada terus merebak.
Lazimnya, si suami yang selalu digelar sebagai ketua keluarga, namun lain pula dengan pasangan pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob. Menerusi satu entri di laman Instagram, Zahiril melantik isterinya sebagai ketua keluarga dan arahan tersebut diterima Shera.
Bukan bertujuan untuk menjadikannya bahan jenaka tetapi sebagai hiburan suami isteri, tetapi apabila melibatkan hal-hal membeli barangan keperluan dapur, lain pula jadinya.
"Betul ke hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar meblei barang dapur seperti sayur, rempah, daun-daun dan lain-lain? Aduhh. Dengan ini saya melantik Shera Aiyob sebagai ketua keluarga sehingga 31 Maca 2020. Sekian," entri yang dinaikkan oleh Zahiril di Instagram miliknya.
Tambah Zahiril, bukannya tidak mahu bertanggungjawab, tetapi dia bimbang tidak dapat membeli barangan yang betul: "Bukan tak bertanggungjawab, tapi kalau aku berdiri tegak depan rak sayur 4 jam, siapa nak jawab?" seluruh Zahiril.
Klik untuk gambar besar
Shera menerusi satu entri di Instagramnya pula berkata: "Disebabkan sebelum ini telah berlaku kejadian kita minta beli brokoli tapi dia bawa balik cauliflower, dan beberapa kejadian lain, jadi dengan ini saya terima lantikan sebagai ketua keluarga sehingga 31 Mac 2020 ini ya, Zahiril.
"Ini juga bertujuan untuk mengelakkan membaziran wang sekiranya ketua keluarga sebenar Zahiril Adzim asyik beli barang yang salah dan tidak diperlukan," seloroh ibu kepada seorang cahaya mata, Nadi Anaqi ini.
Arahan terkini yang dikeluarkan adalah untuk mengelakkan terlalu ramai orang keluar memberi barangan keperluan. Untuk mengurangkan jumlah, arahan agar hanya ketua keluarga dibenarkan untuk membeli barangan yang diperlukan untuk keluarga dikeluarkan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shera Aiyob
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment