19 March 2020

"RISAU SEBAB ADA SIMPTOM SEPERTI COVID-19..." - DAYANGKU INTAN


Seluruh rakyat rasa cemas dengan penyebaran wabak Covid-19 ketika ini termasuklah penyanyi era 1980-an, Dayangku Intan yang mendakwa mempunyai simptom penyakit bawaan virus itu. Katanya, antara tanda-tanda dialaminya ialah demam, sakit kepala, sakit tekak malah dia juga mengalami pening dan rasa nak muntah.





Kerana bimbang dengan situasi itu membuat dia mengambil keputsuan meminta nasihat daripada temannya seorang doktor pakar dan sahabatnya meminta dia untuk membuat pemeriksaan di hospital. Malangnya kata Dayang, sebaik tiba untuk mendapatkan pemeriksaan, dia tidak mendapat layanan yang sempurna.

"Dalam masa seminggu kadang-kadang demam, sakit kepala, tekak sakit dan badan pun sakit-sakit. Tapi dalam masa dua hari ini keadaan saya semakin teruk, pening nak muntah, sakit kepala yang teruk dan ada masa sakit ulu hati.

"Risau sebab ada simptom seperti Covid-19, saya hubungi rakan yang juga seorang doktor pakar. Dia suruh pergi lakukan pemeriksaan. Saya pergi bertanyakan ke kaunter kecemasan di sebuah hospital dan beritahu jururawat, saya ada simtom selsema.

Klik untuk gambar besar


"Jururawat itu hanya tanyakan soalan saya ada pergi luar negara dan ada kontak rapat dengan kes Covid-19 dan bila saya kata tiada, dia panggil doktor pula. Kemudian doktor itu terus cakap saya tak ada wabak itu tanpa periksa diri saya.

"Doktor sepatutnya jelaskan la dengan betul dan teliti. Bila saya cakap secara lembut, baru dia nak berlembut juga," kata Dayang yang memuatnaik video perkongsian mengenai pengalamannya berhadapan dengan pihak hospital berkaitan wabak itu di laman Facebook miliknya pada Rabu.

Antara simptom jangkitan Covid-19 iaitu mengalami demam yang teruk, selsema, sakit teruk, batuk dan sakit badan. Namun, pihak yang berpotensi tinggi dijangkiti ialah mereka yang pulang dari luar negara dan ada berhubung rapat dengan individu yang lebih awal disahkan positif Covid-19.



Susulan penularan wabak Covid-19 semakin teruk, kerajaan Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 11 Mac sehingga 31 Mac ini. Dalam pada itu, Dayang menjelaskan dia mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan disebabkan bimbang sekiranya dijangkiti, dia akan menjadi penyebar virus itu kepada suaminya dan orang luar.

"Suami saya kini ada makan ubat dan dia pernah melakukan transplant (pemindahan organ) menyebabkan mudah untuk dijangkiti virus itu. Bukan saya saja-saja nak buat pemeriksaan itu tapi kerisauan jika saya menjadi penyebar kepada orang lain pula," ujarnya.

Kata Dayang, dia sering dikunjungi orang ramai yang ingin melawatnya selepas kematian anaknya Wanku Intan Syafarana Rosman, 23, yang meninggal dunia pada 21 Februari lalu. Dayang memberitahu, dek kerana itu tidak mustahil dia boleh terdedah keapda jangkitan tersebut. Sebelum ini, Dayang menjalani pemindahan buanh pinggang untuk suaminya, Rosman Yahil pada Oktober 2018.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Dayangku Intan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: