19 March 2020

SAZZY RANCANG MENYUSUKAN ANAK ANGKAT: "SUDAH DUA MINGGU AMBIL SUPLEMEN TAMBAHAN..."


Pelakon dan pengacara Sazzy Falak menerusi laman Instagram memberitahu yang dia merancang untuk menyusukan anak angkatnya setelah mengambil kira beberapa faktor termasuklah sudut kesihatan dan agama. Sazzy berkata dia sudah mendapatkan nasihat pakar dan mengambil makanan tambahan bagi mengeluarkan susu badan.





"Beberapa minggu lalu saya ada mengunjungi Pusat Perubatan Pusrawi Kuala Lumpur bagi memulakan penyusuan badan untuk Idris. Sebaik saya memutuskan untuk memilikinya, saya mahu menyusukannya. Saya suka idea itu sebab boleh memberi manfaat kesihatan melalui susu ibu sambil itu merapatkan ikatan kami dan mahram.

"Sudah dua minggu saya mengambil suplemen tambahan untuk membantu mengeluarkan susu badan. Belum ada hasil tetapi saya tetap positif. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan di Pusrawi kerana sangat luar biasa dan memberikan sokongan," kata Sazzy yang berkongsi mengenai perkembangan anak angkatnya itu menerusi Instagram.

Klik untuk gambar besar


Pada Sabtu lalu, pelakon filem Gol & Gincu ini mendedahkan dia dan suami, Nazril Idrus baru sahaja mengambil seorang anak angkat lelaki diberi nama Idris yang kini berusia sebulan. Sementara itu, Sazzy berkata dia bercadang untuk menyusukan Idris selama dua tahun seperti yang dilakukan terhadap anak kembarnya dahulu.

"Saya tak tahu kalau akan menyusukan selama dua tahun seperti saya buat dekat anak kembar dulu. Ia mungkin kerana mereka kembar tapi saya masih masih ingat memang banyak kerja. Saya bangga sebab dapat buat... sekarang ini hanya nak beri tumpuan apa yang patut kepada anak kecil ini. Doakan saya berjaya," ujarnya.

Terdahulu, Sazzy berkahwin dengan Nazril yang juga seorang personaliti televisyen pada November 2006. Pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan bernama Imaan Lily dan Tiara Rose yang dilahirkan pada April 2011.














www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Sazzy Falak, Imaan Lily & Tiara Rose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: