19 March 2020

DIPERLI BADAN KETUL-KETUL PAKAI SARUNG TANGAN - SAHARUL BIDAS BALIK


"Jadi tadi saya keluar kejap pergi kedai kat kawasan rumah saya. Terjumpa dengan 2 orang pemuda, seronok dorang sembang sambil hembus asap rokok. Lepas tu gelak-gelak. Tak pakai mask, tak pakai gloves, apa pun takde. Dia tegur saya, badan ketul-ketul pun pakai sarung tangan ke bang. Malas aku layan kau, terus chow malas ambik pot," demikian kongsi pelakon Saharul Ridzwan di Instagram.





Saharul mendedahkan telah menerima kata-kata sindiran daripada beberapa orang lelaki yang tinggal berdekatan di rumahnya. Menurut Saharul, akibat keluar ke kedai dengan memakai sarung tangan, dia menjadi mangsa perlian.

Tambah pelakon drama 'Selafaz Cinta' itu, dia menegaskan soal keselamatan tidak boleh dipandang remeh kerana COVID-19 tidak boleh dilihat dengan mata kasar: "Derr, ni bukan soal badan ketul, badan kuat, tapi benda yang kita nak lawan tu lagi halus dari kuman, mana nak nampak. Dumbell sebesar alam tu bolehlah elak, tu pun kadang-kadang terlanggar jugak dekat keting.

"Keluar air mata woo. Jangan buat main soal keselamatan. Apa yang kita boleh buat utk elak, kita elaklah. Tak kira hebat kebal tara mana pun kita, kita ni tetap hamba Allah yang lemah. ALLAH datangkan 'lawan' paling kecik je untuk kita, menggelupur, tak ada apa yang boleh kita buat. Kecuali, doa pada Allah, usaha dan tawakal. Solat jangan tinggal," tulisnya lagi.

Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 790 orang dengan dua rekod kematian. Daripada jumlah tersebut, seramai 728 orang sedang dirawat di hospital, manakala 60 orang telah pun pulih. Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Saharul Ridzwan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: