18 March 2020

ROSYAM NOR SEKAT PEMBELI PANIK MASUK PASARAYA MILIKNYA


"Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasaraya dah penuh.

"Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.





"Minta maaf sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat," ujar Rosyam Nor yang terpaksa menyekat serta mengehadkan kemasukan pelanggan baru-baru ini gara-gara pembelian panik di pasarayanya iaitu ST Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Rosyam berkata pasaraya miliknya itu akan dibuka 24 jam sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hari ini. Malah khidmat penghantaran juga akan diteruskan seperti biasa demi keselesaan pembeli.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: