17 March 2020

DR ERIN: "AIR & GARAM JAWAPAN MUDAH UNTUK PENCEGAHAN... SUNBATHING DALAM RUMAH


Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, isteri kepada Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali Dr. Erin punyai pandangan sendiri berhubung mekanisma virus, cara pencegahan dan rawatan. Kata Dr. Erin, kekuatan adalah kelemahan sesuatu virus.





"Cari punca sebenar penyakit bukan hanya rawat penyakit. Cegah lebih baik daripada mengubat, cara mencegah pun kena betul dan tepat. Coronavirus adalah command cold dalam AMA medicine. Apa yang buat dia boleh membahayakan sangat pada orang yang terjangkit virus itu?

"Sama macam HIV, pesakit boleh meninggal jika sistem imun lemah. Adakah coronavirus itu membunuh pesakit atau benda lain yang melemahkan sistem imun kita. Apa yang kita perlu buat untuk meningkatkan sistem imun kita? Air dan gaarm adalah jawapan paling mudah untuk pencegahan," kata Dr. Erin.

Klik untuk gambar besar


Tambah Erin, radiasi daripada telefon bimbit menjadi salah satu punca melemahkan sistem imun badan dan menyebabkan mudah dijangkiti virus: "Falsafah virus ini adalah kekuatan dia adalah kelemahan dia. Jadi, kita kena tahu kekuatan dan kelemahan dia," ujar Erin lagi.

Entri yang dimuatnaik lewat malam tadi di Instagramnya itu telah dipadamkan. Sementara itu, Erin turut menyarankan orang ramai untuk berjemur dalam rumah bagi mendedahkan dengan radiasi ultralembayung.

"Ternyata ramai yang tak boleh terima dan tak faham lagi dengan teknologi, jadi kita back to basic. Memandangkan pakat-pakat tengah bercuti tu bolehlah sunbathing dalam rumah, bagi cahaya masuk dalam rumah. Cahaya matahari ni bagi vitamin tapi sampai pukul 10 pagi saja. Nak percaya, percayalah tak mahu percaya pun tak apa," tambahnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: