17 March 2020

"APA NI SEMUA PANIC BUYING.. 10 TRAY TELUR & 12 KAMPIT BERAS 10KG..." - MICHAEL ANG


"Salam semua! Apa ni semua panic buying. Pergi supermarket nak beli benda for dinner cooking. Mak oiiiii semua tgh panic buying. Serious la mamat tu at least sepuluh tray telur and 12 kampit 10kg nasi!!!! Malaysia dah nak curfew ke? Serious la!!!! Pikir la rasional! Paling teruk pun Malaysia lock down aje!





"Lock down tu org tak boleh keluar negara org luar tak boleh masuk Malaysia! Bukan kau org tak boleh ke mana mana and pasar or supermarket tutup! Choiiiii! Luv u all n stay safe!," demikian tulis pengarah dan penerbit Michael Ang apabila terpaksa berhadapan dengan situasi orang ramai yang membuat pembelian panik ketika berkunjung ketika sebuah pasar raya.

Sejak petang semalam, penuh dan sesak pasaraya dan kedai runcit apabila menjadi tumpuan orang ramai gara-gara bimbang sekiranya wujudnya arahan perintah berkurung, biarpun tiada sebarang pengumuman dibuat lagi ketika itu.

Menurut Michael, keadaan itu secara tidak langsung menyukarkan dirinya yang terpaksa bersesak dengan orang ramai ketika hanya mahu keluar membeli bahan masakan harian. Bahkan, dia menyifatkan tindakan orang ramai tersebut sebagai satu perbuatan yang tidak rasional yang perlu dielakkan.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian status Michael itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan apa yang diperkatakannya: "Kenapalah orang tak boleh fikir macam ni ye Mike. Saya keliru. Semua panik salah satu sebabnya banyak sangat grup WhatsApp kongsi berita palsu. Tolong hentikan penyebaran berita palsu," komen pelakon Idzham Ismail.

Malam tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini. Bagaimanapun, dalam perintah tersebut, kesemua sektor perkhidmatan asas termasuklah pasar raya akan beroperasi seperti biasa bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bekalan bahan mentah.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Michael Ang


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: