17 March 2020

GARA-GARA SERPIHAN BESI JATUH DARI LORI - HAZWAN XOXO KEMALANGAN


Malang tak berbau... Itulah yang menimpa pelawak Hazwan atau Wan daripada kumpulan XOXO apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada petang semalam (Isnin). Berita tersebut dikongsikan Amir Raja Lawak menerusi laman Instagram miliknya.





Kejadian tersebut dipercayai berlaku di lebuhraya Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ketika pelawak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja. Menurut Amir, Hazwan atau lebih dikenali sebagai Wan berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

"Saya masih belum sempat lagi nak ziarah, InsyaAllah hari ini saya akan singgah... saya dimaklumkan motosikal yang ditunggangnya terlanggar serpihan besi. Wan stabil tapi ada luka di muka, kaki dan tangan serta sedikit kesan koyak di kening kiri," katanya.

Dalam pada itu, Amir memohon orang ramai serta peminat mendoakan supaya Hazwan cepat sembuh dan pulih seperti sediakala: "Moga Wan cepat sembuh dan dipermudahkan urusan... doakan yang baik-baik semuanya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Chot yang juga anggota XOXO ketika dihubungi memberitahu, Wan kini berada dalam keadaan stabil di hospital. Menurut Chot, punca kemalangan adalah disebabkan Wan yang menunggang motorsikal terlanggar besi yang jatuh dari lori. Tambah Chot lagi, Wan sudah menjalani imbasan x-ray dan keputusannya akan diketahui pada hari ini.

"Alhamdulillah, Wan berada dalam keadaan stabil dan esok (hari ini) keputusan x-ray keluar dan kesan koyak di dahi juga mungkin akan dijahit. Selain koyak di dahi Wan bengkak pada bahagian muka serta mengalami luka kecil pada kaki dan tangan. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan sahabat saya," jelasnya.

Wan dimasukkan ke Hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur. Chot turut berkongsi mengenai kejadian yang menimpa sahabatnya itu di laman sosial Instagramnya.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Instagram Chot Xoxo & Amir Raja Lawak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: