17 March 2020

TIMANG BAYI LELAKI 14 MAC LALU - AMEER BENARKAN ZIARAH SELEPAS COVID-19 REDA


Pada 14 Mac lalu, penyanyi Ameer Forteen telah menimang cahaya mata sulung lelaki selepas isteri tercintanya, Siti Nurnaja'a Shamsul Kamar selamat melahirkannya. Bagaimanapun, kata Ameer, dia hanya membenarkan sesi ziarah dan lawatan terhadap bayinya dibuat selepas penularan wabak Covid-19 reda.





Ameer atau nama sebenarnya Ameerais Azhar berkata, ia penting bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku apatah lagi imunisasi bayi masih lemah. Ameerais turut mendedahkan kepada umum wajah anak lelakinya itu menerusi perkongsian dua keping foto yang hanya ditutup pada bahagian mata di laman Instagram miliknya.

"Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah, pada tanggal 14 Mac 2020, isteriku @naja_sk selamat melahirkan Putera Sulung kami Noah Eusoff @ameerais.naja.jr, semoga kalian mendoakan anak kami membesar sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindungaNya. Amin, Amin Yarabbalamin. #NoahEusoff #AmeeraisNajaJunior #babyforteen.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa sekarang, saya rasa biarlah isu wabak Covid-19 ini reda dahulu. Selepas itu, barulah saya benarkan untuk keluarga melawat dan menziarahi isteri dan bayi. Bukan apa, sistem imunisasi bayi mungkin tak sekuat orang dewasa. Jadi, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan penyakit, biarlah kita pastikan semuanya okay terlebih dahulu," katanya.

Bahkan, Ameerais turut berkongsi akaun Instagram anaknya yang diberikan nama sebagai @ameerais.naja.jr. Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Ameerais yang kini sudah bergelar seorang bapa.

Berkongi mengenai kelahiran bayi sulungnya yang diberi nama Noah Eusoff itu, Ameer berkata ia satu pengalaman indah buat dirinya terutama ketika dapat melihat proses kelahiran. Malah, Ameer mengakui betapa besar pengorbanan isteri yang berjuang untuk melahirkan anak mereka.



"Ini adalah pengalaman pertama bergelar bapa dan ia sangat berharga. Ketika melihat anak dilahirkan, saya tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Ketika isteri hamil, kami cuba untuk mengadaptasi kehidupan kepada satu lagi fasa baharu. Apabila dapat pegang anak dan dengar degupan jantungnya, ada satu perasaan yang tak dapat saya gambarkan yang semuanya sudah menjadi realiti," tuturnya.

Menurut Ameer, ini adalah amanah Allah yang tidak terhingga buat dia dan isteri: "Bila melihat sendiri bagaimana proses kelahiran, saya faham pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu dan bagaimana ibu kita berjuang melahirkan kita. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki dan amanah yang Dia berikan kepada saya dan isteri," katanya.

Terbaharu, Ameer bakal muncul dengan buah tangan terbaharu yang dikeluarkan khas bersempena kehadiran anak sulungnya itu. Ameer bertunang dengan Nurnaja'a pada 13 Oktober 2018 selepas lebih setahun berkenalan menerusi media sosial dan berkahwin pada 1 Mac 2019.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Ameer Forteen & Siti Nurnaja'a Shamsul Kamar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: