01 March 2020

"SAYA MAHU TERUS ZIARAH PUSARA... BERDOA UNTUK 'DADA' " - JANJI FARAHDHIYA


Penyanyi dan pelakon Farahdhiya mengaku masih rindu dan teringat kepada insan bergelar ayah yang dipanggil 'Dada'. Farahdhiya turut memberitahu dia tidak putus berdoa agar 'Dada' yang hampir dua bulan pergi menghadap Ilahi itu ditempatkan dalam kalangan insan beriman, malah berjanji mahu terus menziarahi pusara ayah selagi kudrat masih ada.





"Saya mahu terus ziarah pusara 'Dada' dan bercakap seperti biasa. Saya mahu terus berdoa untuk 'Dada'... Itu janji saya. Biarpun saya tidak dapat lagi melihat dan menyentuh 'Dada', namun, 'Dada' terus segar dalam hati ini," ujarnya.

Pada 9 Januari lalu, bapa Farahdhiya, Mohd Amin Zubir, 68, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan pada jam 11.55 pagi. Allahyarham menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya, sejak lima tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Farahdhiya berkata, masa pantas berlalu apabila sudah 50 hari ayah meninggalkan mereka sekeluarga: "Bagai tidak percaya, masa begitu cepat berlalu. Saya terlalu rindu ‘Dada’. Sebelum ini, arwah selalu menghantar mesej bertanya di mana saya berada, bila mahu pulang dan macam-macam lagi. Rindu hendak terima mesej seperti itu lagi," tuturnya yang turut teringat kenangan memasak bersama arwah ketika hayatnya.

Bagaimana, reda ketentuan Tuhan, Farahdhiya percaya aturan Allah adalah yang terbaik: "Tuhan sayangkan 'Dada' dan mahu ayah berehat... Rehatlah sebaik-baiknya hero hatiku," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Farahdhiya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: