01 March 2020

4 TAHUN KAHWIN - APRENA & SUAMI JALANI RAWATAN KESUBURAN, FOKUS DAPATKAN ZURIAT


Pelakon Aprena Manrose memberitahu sudah tiba masanya dia memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan zuriat selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Menurut Aprena, 27, dia dan suaminya Mohd Afiq Hazman ada membuat pemeriksaan kesuburan pada Disember tahun lalu dan kini mereka masih perlu melalui beberapa proses selanjutnya.





"Tahun ini, saya memang nak fokus untuk dapatkan zuriat. Dah empat tahun berkahwin, sudah tiba masa yang sesuai untuk saya nak ada anak pula. Selama ini, saya dan suami tak pernah buat pemeriksaan apa-apa tapi pada Disember tahun lalu kami buat keputusan untuk bertemu doktor.

"Kami sudah lakukan pemeriksaan kesuburan tapi keputusan belum tahu lagi dan ada beberapa proses yang perlu kami lakukan selepas ini. Insya-Allah, saya berharap semua peminat boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami," kata Aprena.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Iwan Syahman ini berkata dia akan memperlahankan karier seninya namun masih terbuka menerima tawaran: "Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. Tapi tidak bermaksud saya mahu berhenti terus.

"Saya masih terbuka untuk menerima tawaran berlakon tetapi saya akan pilih mengikut waktu yang bersesuaian," ujar Aprena atau nama sebenarnya nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman yang mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq pada 2016.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aprena Manrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: