27 March 2020

"SAYA TETAP DENGAN PENDIRIAN YANG MANA APA DIBUAT TAK SALAH" - DAYANGKU INTAN


Berhubung susulan laporan polis dibuat oleh pihak Hospital Putrajaya, baru-baru ini, penyanyi era 80-an, Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 54, berkata, dia berharap pihak pengurusan hospital menghubunginya sebelum membuat laporan polis.





Penyanyi yang popular dengan lagu 'Berpaut Di Dahan Cinta' itu didakwa menghina kakitangan hospital itu dalam mengendalikan wabak Covid-19 menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Facebook: "Tak mengapa mereka buat laporan polis. Itu tanggungjawab mereka.

"Apa pun, saya tetap dengan pendirian yang mana apa dibuat (memuatnaik video) tak salah. Dari awal saya berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Sepatutnya, perkara ini tidak boleh dipandang daripada sebelah pihak saja. Kena tengok video saya sepenuhnya.

"Selepas saya memuatnaik video itu, tidak ada sesiapa atau wakil hospital menghubungi saya untuk berbincang. Kalau ada, saya sedia memberi kerjasama. Tidak mengapa jika itu pilihan mereka dengan membuat laporan polis. Malah, saya tahu mengenai laporan yang dibuat terhadap saya," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Dayangku Intan, dia akan ke balai polis berdekatan tempat tinggalnya esok. Namun, enggan mendedahkan tujuannya ke situ: "Selepas mengetahui laporan yang dibuat, saya menghubungi balai polis itu untuk bercakap dengan Pegawai Penyiasat tapi gagal.

"Saya cuma dapat bercakap dengan anggota bertugas di situ. Memandangkan esok hari terakhir saya menjalani kuarantin, saya akan ke balai polis berdekatan rumah. Saya tak boleh nak cakap sekarang apa nak dibuat. Kena tunggu esok," ujarnya.

Dayangku Intan juga menegaskan, teguran dibuat menerusi video itu bukan kepentingan diri sendiri sebaliknya untuk semua: "Teguran saya adalah kelebihan untuk semua. Bukan untuk saya seorang saja. Kalau nak tahu, sewaktu saya di sana tidak ada orang di situ. Kaunter Covid-19 kosong.



"Saya pula tidak berani nak terus masuk ke bahagian kecemasan sebab takut saya ada wabak itu. Apatah lagi, ketika itu saya ada simptom batuk dan demam. Malah, sampai sekarang tekak dan dada saya masih kering. Batuk pula kejap ada, kejap tidak. Cuma, saya sudah tidak demam," katanya.

Terdahulu, pada Selasa lalu, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan Covid-19. Dalam kenyataan itu, Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora'i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama. Difahamkan video pertama milik penyanyi, Dayangku Intan dan kedua daripada Azwan Ali. Sementara itu, Azwan sudah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram dan saluran YouTube baru-baru ini.



Sementara itu, menerusi laman Instagram, Dayangku Intan telah memuatnaik 'screenshot' kata-kata seorang individu yang menghina dirinya dan anaknya yang telah meninggal dunia. Dayangku Intan meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan sikap individu tersebut.

"Ya ALLAH kejam nya.... anak saya dah Tiada....kalau nak marah hentam lah saya....anak saya tak berdosa subhanallah moga ALLAH ampuni saya Dan Anda... kenapa tidak berhati perut doa orang Yang niayai Di makbul ALLAH semoga ALLAH sedarkan anda dengan percakapan anda.... sedih saya.... Kau manusia biasa seperti Aku...

"Ya ALLAH tolong lah.... ampuni dosa ku Ajal maut ALLAH tentu Kan usaha Aku sebagai ibu Aku tak pernah putus berusaha untuk kebaik Kan anak Yang aku sayang, Hasbiyallahu la ilaha illa huwa 'alayhi tawkkaltu wa Huwa Rabbul- 'Arshil-'Azim "cukuplah Allah bagiku; tidak Ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya Aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan Yang memiliki 'Arsy Yang Agung," tulisnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Dayangku Intan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: