27 March 2020

RIDER FOODPANDA SOLAT LUAR MASJID BUAT JASMIN HAMID SEBAK


"ALLAHUAKHBAR.. Solat adalah tiang agama.. Perkara PERTAMA yang akan di HISAB. Solat lah kamu walau apapun keadaan kamu...

"Tentunya ada HIKMAH di atas apa juga Musibbah yang Allah turunkan untuk menguji keimanan dan kesabaran setiap hambaNya. Siapa yang BERIMAN, siapa yang dah mula BERUBAH kepada jalanNya atau siapa yang masih LEKA dan ANGKUH," demikian kongsi Jasmin Hamid di IGnya ketika melihat rider FoodPanda solat di luar masjid.





"JANGAN HENTI SUJUD kepadaNya, memohon KEAMPUNAN di atas Segala dosa-dosa yang kita lakukan.. Jangan putus berdoa, pohon padaNya untuk beri kita kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaanNya...

"Buatlah aktiviti yang berfaedah buat masa ini.. Pada yang masih sihat, syukur alhamdulillah.. Allah masih beri kita peluang untuk bersujud kepadaNya.. MOHON KEAMPUNAN kepadaNya.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Kuasa, Maha Baik, Allah Segalanya..

Klik untuk gambar besar


"Pada yang di timpa sakit Wabak dan sebagainya, jangan putus berdoa kepadaNya.. Minta di angkat segala penyakit dan di berikan kesembuhan sediakala.. .

"Pada rakyat Malaysia, JOM kita sama-sama perangi WABAK ini supaya kita dapat hidup seperti dulu. MALAYSIA HEBAT!" tambahnya.





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: