10 March 2020

"TAK SEMESTINYA BADAN KETUL-KETUL BOLEH BUAT ACTION MOVIE" - FIZZ SINDIR HAIRUL?


Pelakon Datuk Fizz Fairuz baru-baru ini telah meluahkan pendapat bahawa tidak semua orang mampu untuk memegang watak dalam sebuah filem aksi dengan baik menerusi akaun Instagramnya. Kata Fizz, bentuk badan sasa bukanlah perkara yang penting tetapi mutu lakonan haruslah bergerak seiring bagi memastikan sesuatu watak aksi itu lebih 'hidup' dan mampu menarik minat penonton.





"Tak semua org blh bawak action movie ngan baik, tak semestinya badan kena ketul2 baru blh buat action movie.. hahaha.. acting kena power jgk, bergerak sekali lah.. klu tak, tak aceee lahhh... klu kronie ok, kompom lepas ko, lepas ko, lepas ko ko... sampai bila2 lah.. so... apa lagi buat sendiri la klu pandai hahahaha.. #trowback #coastguardfilm2020," tulisnya.

Apa yang dikatakan oleh Fizz itu seolah memberikan gambaran realiti yang berlaku dalam industri hiburan sekarang, dimana populariti dan bentuk badan lebih utama berbanding bakat. Meskipun tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen membuat spekulasi Fizz sebenarnya menujukan 'posting' itu kepada pelakon Hairul Azreen yang umum mengetahui sudah membintangi banyak filem aksi.

Fikir positif sahaja, mungkin luahan pendapat itu secara umum sahaja dan tidak ditujukan buat sesiapa. Namun, harus diakui untuk filem aksi seseorang itu harus memberikan komitmen tinggi selain lakonan yang mantap, baru dapat memikat hati penonton.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: