11 March 2020

GARA-GARA KOMEN, ALI PUTEH PANGGIL NETIZEN 'ANJING'?


Gara-gara komen salah seorang netizen yang menasihatkan jika rindukan orang yang sudah pergi adalah lebih baik disedekahkan doa, ia tiba-tiba telah membuat Ali Puteh naik angin.

Entah kenapa, Ali kemudian telah membalas komen netizen tersebut dengan bahasa kasar dan memanggil netizen itu 'anjing'.





Semuanya bermula apabila rata-rata netizen meminta agar Ali bersabar dengan ketentuan Allah serta berdoa agar roh arwah abangnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Meskipun ada segelintir yang menyifatkan luahan Ali itu hanya mahu meraih simpati, namun Ali tidak sepatutnya marah dengan kritikan tersebut.

Disebabkan sikapnya itu, ramai netizen yang melabelkannya sebagai seorang yang panas baran. Mereka juga rasa hairan mengapa pelawak itu tidak boleh menggunakan bahasa yang lebih elok untuk membalas komen tersebut.

Klik untuk gambar besar


Akhirnya, mereka juga membandingkan keperibadian Ali dan arwah Abam yang didakwa jauh berbeza. Nasihat mereka, lebih baik Ali berdiam diri daripada mengeluarkan kata-kata yang hanya memburukkan dirinya.

Ialah... jika ada rasa tidak puas hati, eloklah diselesaikan cara baik... bukannya maki hamun. Tak gitu?







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: